Dalam masa yang sukar ini, kelihatan pemimpin kita lebih berminat untuk mengekalkan atau memperolehi kuasa dikala kebanyakan rakyat Malaysia menderita dalam diam dan hidup dalam kerisauan apabila jumlah jangkitan Covid-19 melebihi angka 1 Juta malah mengatasi angka jangkitan per kapita negara yang lebih ramai penduduk.
Ketika ahli politik berterusan meningkatkan kadar vaksinasi di kalangan penduduk, kita dapat melihat dari masa ke masa bahawa cara menjalankannya jauh dari apa yang dijangkakan. Sebagai contoh, lihat kepada isu kontroversi kegagalan pematuhan SOP yang terjadi di Rumah Prihatin@Grand Seasons Kuala Lumpur – dimana bakal penerima vaksin dipaksa beratur secara rapat dan bersesak-sesak.
Keadaan menyedihkan ini hanya dapat diatasi selepas ianya menjadi tular di media sosial dan apa yang lebih menyedihkan apabila segala arahan pematuhan SOP seperti meletak tanda jalan dan tanda beratur untuk penjarakan sosial dilakukan oleh orang awam sepert MCPlus. Adakah ini sikap tak-apa yang tinggal oleh para pemimpin di Malaysia?
Atas sebab inilah, sikap proaktif yang ditunjukkan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor dalam membangunkan strategi yang komprehensif untuk sistem vaksinasi COVID-19 di Johor patut dicontohi terutamanya oleh ahli politik dan pemimpin lain.
Sumber - https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor/posts/370623204420072
Ramai yang sedia maklum bahawa Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan lebih memberikan fokus kepada Lembah Klang kerana jumlah kes yang tinggi dan sebab ini difahami. Bagaimanapun, pembahagian vaksin yang perlahan di negeri lain menimbulkan kebimbangan terutama di Johor yang menyaksikan peningkatan jumlah kes.
Walaupun 91% dewasa di Johor telah mendaftar dan kemampuan kerajaan negeri Johor untuk menyuntik hingga 60,000 individu setiap hari, tetapi ianya dilambatkan oleh kekurangan vaksin yang dibekalkan oleh kerajaan pusat untuk ke seluruh negara.
Kadar pendaftaran vaksinasi yang tinggi ini juga didorong oleh usaha TMJ yang menggerakkan unit bergerak 'Johor Southern Volunteers' untuk membantu mencapai mereka yang mengalami kesukaran untuk mendaftar. Baginda juga melawat sendiri PPV di Hospital Permai bagi memastikan bekalan vaksin adalah mencukupi sekaligus memberikan kelegaan kepada rakyat yang hadir untuk mendapatkan vaksin. Baginda juga telah melawat PPV Persada yang merupakan PPV terbesar di Johor untuk memastikan segala operasi di PPV berjalan secara teratur dan lancar.
Sumber - https://www.sinarharian.com.my/article/146139/EDISI/Johor/TMJ-seru-rakyat-Johor-daftar-suntikan-vaksin
Ketika kebanyakan negeri mempunyai pandangan politik yang berbeza seperti di Selangor, TMJ telah menggunakan kedudukan Baginda untuk membawa pelbagai pemegang amanah untuk bekerjasama membina kemampuan Johor dalam menyelesaikan krisis ini.
Bukan sahaja tindakan Baginda memanggil mengadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Khairy Jamaluddin untuk berbincang mengenai kelewatan pembahagian vaksin malah Baginda turut memanggil beberapa pemegang amanah di Johor untuk berkongsi beban yang ditanggung oleh pihak kesihatan di saat pandemik ini.
Keputusannya? 2 Juta Bangsa Johor akan menerima vaksin pada bulan Ogos ini sahaja.
Sumber – https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor/posts/361706305311762
Pertemuan terbaharu Baginda bersama Menteri Besar Johor YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, Pengarah JKNJ YB Dato' Dr. Aman bin Rabu, YBhg Dato' Prof. Adeeba Kamarulzaman dan Dr. Dhesi Baha Raja telah membawa kepada satu keputusan iaitu pemindahan pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta untuk mengurangkan beban sistem kesihatan awam secara berperingkat.
Pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Sultan Ismail akan dipindahkan ke Hospital Columbia Asia, manakala pesakit di Hospital Sultanah Aminah akan dipindahkan ke Hospital KPJ.
Apa yang lebih penting, inisiatif IPA-C ini adalah satu langkah kehadapan bagi memastikan pemberian vaksin dalam komuniti setempat dengan kerjasama dari Kerajaan Negeri Johor, Pejabat Kesihatan Negeri Johor dan pemimpin tempatan untuk memastikan keselamatan komuniti mereka serta mengatasi masalah tidak ingin divaksin dan kesalahan maklumat tentang kebaikan vaksin.
Inisiatif dan peranan sebagai orang tengah yang diambil oleh TMJ melangkaui kurniaan yang sering diberikan oleh Baginda di seluruh negara. Ia juga membantu mengatasi masalah utama negara dalam mengatasi Covid-19 ini iaitu mereka yang berkuasa tidak mahu mendengar antara satu sama lain.
Sumber - https://www.sinarharian.com.my/article/142527/EDISI/TMJ-sumbang-100-kerusi-roda-untuk-PPV-Johor
Inilah yang membezakan antara pemimpin dan pengikut. DYAM TMJ sebagai Tunku Mahkota boleh memilih untuk tidak melakukan apa-apa sekiranya kerajaan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini. After all, innovation distinguishes between a leader and a follower.
Ketika negara kini diambang krisii politik terbaharu, penyatuan dan fokus kepada bagaimana hendak mengharungi Covid perlu ada bagi memastikan kita mampu menempuh saat yang sukar ini.
Tetapi ada satu perkara yang pasti, semangat kita-jaga-kita memang wujud dalam diri setiap rakyat Malaysia walaupun di mana pun kita berada. DYAM TMJ sememangnya telah memenangi hati Bangsa Johor dengan tindakan Baginda yang sentiasa memastikan kesejahteraan rakyatnya. Ini adalah tindakan yang harus dilakukan oleh setiap pemimpin di negara ini.

Comments
Post a Comment